Sukan Hari Ini

Pahang tanpa Hariz

PAHANG mungkin pincang di bahagian benteng kanan apabila bakal turun tanpa Hariz Irfan untuk melayani Kuala Lumpur dalam separuh akhir pertama Piala Emas Raja-raja Ke-76, 2016, malam ini.

Bek kanan itu mengumpul dua kad kuning ketika Pahang menewaskan juara bertahan dan juara Pial Agong 2016, Negeri Sembilan agregat 4-3 pada 12 dan 18 November lalu sekali gus digantung bagi perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan nanti.

Ketiadaannya meresahkan Zulhamizan Zakaria yang turut berharap anak buahnya tidak lagi mengulangi kesilapan ketika berdepan Negeri Sembilan dalam separuh akhir ini.

“Harap barisan belakang kami belajar daripada kesilapan itu dan tidak lagi mengulanginya dan saya percaya mereka sudah buktikannya apabila bermain di Tampin, minggu lalu sehingga kami menang 2-0,” katanya.

Penjaga gol utama, Mohd Nur Kamarullah yang pada suku akhir pertama dibolosi tiga gol di depan penyokong Pahang juga katanya, sudah semakin matang dalam berdepan situasi tertekan seperti di Tampin sekali gus pasti diharapkan lagi untuk mengawal gawang.

“Dia semakin matang dan diharap dapat kekalkan prestasi seperti di Tampin tanpa dibolosi,” katanya, merujuk pemain harapannya itu yang pada peringkat Kumpulan A begitu kebal dalam ketiga-tiga perlawanan.

Namun Kuala Lumpur yang dibimbing bekas supersub Selangor, Rusdi Suparman turut kehilangan khidmat Saifol Hasnol kerana penggantungan dua kad kuning daripada perlawanan terakhir Kumpulan C dan suku akhir kedua menentang Kelantan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");