Isu Panas

Pakatan Harapan harus menangi hati rakyat

SHAH ALAM – Rata-rata pengundi menyuarakan kegusaran mereka kerana merasakan bahawa BN kini sudah lemah namun Pakatan Harapan (PH) tidak pula menunjukkan kekuatan malah semakin berbalah dari sehari ke sehari.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh berkata bahawa mereka haruslah memenangi hati rakyat dengan menunjukkan satu ‘united front’ serta satu parti alternatif yang berdaya maju.

Menurutnya, perkara ini boleh dicapai dengan pembentukan ‘Forminable Oppositon Front’ yang tidak hanya terhad kepada ketiga-tiga parti dalam pakatan sahaja.

“Untuk membentuk ‘Forminable Opposition Front’ harus tidak terhad kepada parti di dalam PH sahaja tetapi juga untuk parti-parti lain yang berkongsi matlamat yang sama serta hala tuju yang selari dengan kita iaitu untuk selamatkan Malaysia.

‘Kita semua haruslah menumpukan usaha dan mengambil inisiatif untuk satukan parti-parti yang boleh berkongsi matlamat yang sama demi negara ini,” katanya sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini dan membuat keputusan yang betul untuk PRU 14 kelak.

“BN akan menang sekiranya Pakatan Harapan tidak memaparkan suatu ‘Forminable Oppositon Front’ serta dengan taktik Donald Trump iaitu ‘Jika anda tidak sokong saya tidak mengapa, namun jangan keluar mengundi Hillary’.

“Inilah cabaran yang sebenar-benarnya di hadapan kita,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");