Jenayah

Pasangan kembar samun pelajar didakwa

KUALA LUMPUR – Pasangan kembar berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyamun seorang pelajar? kolej warga Bangladesh di Brickfields, minggu lalu.

A Thanabalan dan A Thanaselan, yang masing-masing tidak bekerja bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mereka didakwa bersama-sama telah melakukan samun terhadap Azam Kawser Ibne, 21, dengan menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga pada jam 12.30 tengah malam, 10 November lalu di Jalan Bukit Pantai, Brickfields, di sini.

Antara barangan yang disamun adalah sebuah telefon bimbit, kad bank dan wang tunai berjumlah RM300.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan kesalahan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan jika jaminan dibenarkan.

Bagaimanapun, peguam M Mathavan yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah dengan alasan kedua-dua tertuduh merupakan pasangan kembar dan akan dijamin oleh penjamin sama.

Mahkamah membenarkan pasangan kembar itu diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Rohatul menetapkan 14 Disember depan untuk sebutan semula kes.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");