Panasnya Hari Ini

PAU 2016 : Puteri Mahu Calon Muda Menjelang PRU14

KUALA LUMPUR : Puteri UMNO mencadangkan agar kepimpinan tertinggi parti itu memperuntukan sekurang-kurangnya 30 peratus calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang terdiri daripada golongan muda.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati berkata, ia merupakan salah usaha untuk meremajakan parti dan strategi bagi meraih sokongan rakyat terutama di kalangan anak muda.

Ujarnya lagi, menerusi satu kajian, cadangan yang turut dipersetujui oleh Pemuda UMNO itu mendapati faktor calon menyumbang kepada 60 peratus kemenangan dalam PRU.

“Selari dengan kajian tersebut, calon muda yang akan membawa nama parti juga mestilah berasaskan calon yang disukai ramai dan berkredibiliti.

“Pada masa sama, calon-calon muda yang akan bertanding juga harus diletakkan dikawasan yang sesuai dengan kecenderungan orang muda dan bukannya di kawasan yang mempunyai kemenangan tipis,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Ujarnya lagi, pendekatan yang dicadangkan itu merupakan isyarat jelas bahawa parti memahami dan berada selari dengan kehendak dan aspirasi golongan muda.

Terdahulu, Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian perhimpunan agung sayap, pada Selasa berkata, beliau akan berusaha untuk mengusulkan penambahan bilangan calon dari ketiga-tiga sayap untuk bertanding pada PRU akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");