Sukan Hari Ini

Pedrosa mahu gegar Valencia

Madrid: Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa (gambar) bercadang untuk berlumba pada perlumbaan penamat musim hujung minggu ini di MotoGP Valencia, sebulan selepas pelumba Honda itu patah tulang selangka dan kaki dalam kemalangan di Jepun.

Menurut Honda dalam satu kenyataan kelmarin, kecederaan itu semakin pulih manakala doktor serta pasukan Pedrosa bersetuju dia boleh kembali bagi pusingan akhir di negaranya.

“Tiga minggu terakhir tidak mudah kerana berasa sakit, terutama sebaik selepas pembedahan dan juga kerana saya terlepas berlumba di beberapa litar kegemaran saya,” kata Pedrosa.

“Selepas saya memulakan proses pemulihan, semuanya beransur pulih hari demi hari dan memikirkan cuba pulih tepat pada masanya menjelang Valencia satu rangsangan ketika masa sukar,” jelas penunggang itu.

“Kami belum pasti bagaimana rasanya saya berada di atas motosikal, tapi saya gembira kerana mampu untuk kembali berlumba.”

Pedrosa menang enam kali di Valencia, tiga daripada kemenangan itu dalam kategori MotoGP. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");