Jenayah

Pemandu maut, treler rempuh pokok

KUANTAN: Seorang pemandu lori treler muatan papan partikel maut selepas kenderaan itu terbabas dan melanggar pokok di Jalan Maran – Gambang berhampiran Kampung New Zealand, Maran dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa meninggal dunia akibat tersepit di bahagian depan treler berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 2.22 pagi dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan bomba menggunakan sebuah jentera JCB bagi mengalih papan partikel yang berada di atas kepala treler.

“Anggota bomba turut memotong kepala treler berkenaan untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");