Jenayah

Pemandu tersepit, lori langgar pembahagi jalan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori terselamat apabila kenderaan dipandu terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan berhampiran Jalan Suasa 3, Pekan Sungai Besi, di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas jam 2.30 pagi itu, pemandu lelaki berusia 26 tahun itu cedera di kaki kiri akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata dua jentera dengan 13 anggota dari Balai Bomba Sungai Besi dan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 2.39 pagi.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaannya sebelum dibawa hospital untuk rawatan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");