Isu Panas

‘Pembangkang reka cerita fitnah’

BANDARAYA MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menyelar tindakan pembangkang yang sengaja mengadakan cerita kononnya sebuah kilang milik syarikat China mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan arang batu dalam operasinya.

Menurut Idris, dakwaan terhadap kilang Xinyi Glass di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin, itu menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri tidak menitik beratkan soal alam sekitar, meskipun sering mempromosikan Melaka sebagai sebuah Bandaraya Hijau.

Beliau berkata, dakwaan itu tidak benar kerana syarikat terbabit sebenarnya menggunakan gas asli yang disalurkan dari kawasan Batang Melaka ke kilang berkenaan.

“Kita bersungguh-sungguh mempromosikan amalan teknologi hijau di Melaka ini tetapi pembangkang dengan sengaja pula menimbulkan isu kilang terbabit menggunakan arang batu.

“Ini menunjukkan mereka suka melakukan tuduhan secara melulu, tanpa membuat kajian. Ini menampakkan kebodohan mereka kerana tidak satu gram pun arang batu digunakan untuk operasi kilang berkenaan,” katanya.

Idris yang kini menghadiri Forum 3 – For A Sustainable Change Between Entrepreneurship and Territories anjuran Association of Presidents of Municipal Council (AMPCC) di Maghribi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, di sini semalam.

Kilang terbabit yang menggunakan teknologi terbaharu dalam pembuatan kaca selari teknologi hijau yang cuba dipelopori kerajaan negeri, merupakan pengeluar terbesar dunia dalam bidang solar glass.

Penubuhan kilang Xinyi Glass ini melibatkan pelaburan hampir RM3.2 bilion.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");