Berita Hari Ini

Pembayaran subsidi padi kurang memuaskan – PAC

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) perlu memperbaiki kelemahan Program Subsidi Benih Padi Sah, terutama aspek pembayaran kepada syarikat pengeluar benih padi bagi mengelak ketirisan terhadap hasil kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata pembayaran subsidi benih padi berada pada tahap kurang memuaskan, khususnya jumlah bayaran tidak tepat.

“MoA perlu mengambil iktibar daripada kes ini dengan melakukan penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan program kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai projek pada masa depan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hasan mengulas Laporan PAC berhubung Program Subsidi Benih Padi Sah menerusi MoA di Parlimen, hari ini.

PAC memulakan prosiding terhadap Program Subsidi Benih Padi Sah pada 31 Mac lalu dengan bekas Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Arif Ab Rahman memberikan penjelasan berhubung isu pencapaian Pengeluaran Benih Padi Sah dan Pengurusan Subsidi Benih Padi Sah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");