Panasnya Hari Ini

Pemimpin PAS Sibuk, Tak Hadir Konvensyen PH

KUALA LUMPUR :Kesibukan pemimpin tertinggi PAS menyebabkan parti itu tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jemputan daripada PH itu telah diterimanya, semalam.

“Saya dah semak, kebanyakkan kita ada program. Memang saat-saat akhir tak sempat nak pergi.

“Saya pun ada program di Kota Bharu,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut program lain yang terpaksa dihadiri pemimpin parti itu.

“Itu tak perlu (tahu) kot. Sebab semua ada komitmen masing-masing. Semua ada program parti yang tak boleh dibatalkan serta merta,”jelasnya.

Konvensyen pertama PH pada Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan AMANAH dengan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, PAS masih belum membuat keputusan sama ada akan bekerjasama dengan pembangkang lain pada PRU ke-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");