Perak Hari Ini

Pemukiman Menteri Besar Dapat Sambutan Baik, Dekati Dan Bantu Masalah Rakyat

TAIPING:Sambutan baik yang diberikan rakyat terhadap penganjuran Program Pemukiman Menteri Besar digunakan sebaik mungkin bagi membantu mengumpul dan menyelesaikan aduan dan masalah rakyat di setiap daerah.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir berkata pelbagai aduan yang diterima pihaknya melibatkan permasalahan tertentu rakyat akan diperhalusi.

“Sambutan diberikan rakyat agak baik dan di pihak kerajaan negeri kita mendengar segala perkara termasuk cadangan baharu untuk diselesaikan menerusi satu Jawatankuasa khas iaitu meneliti masalah dikemukakan oleh rakyat,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menyertai aktiviti Fit Perak@BukitGantang di sini hari ini.

Tambahnya lagi, segala masalah diselesaikan menerusi pendekatan kerjasama (NBOS) dengan melibatkan semua jabatan.

“Permasalahan melibatkan perkara berkaitan kemudahan jalan, masalah pemilikan tanah termasuk kehidupan ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung serta masalah keperluan air,” katanya.

Katanya, setelah aduan diterima ia akan dipecahkan mengikut tajuk keperluan masyarakat, kemudahan asas dan sebagainya.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai pengajuran program Pemukiman Menteri Besar di Bukit Gantang dan Taiping yang menerima telah menerima hampir 50 ribu kehadiran orang ramai ke setiap program yang dianjurkan selama lima hari itu.

“Program ini melambangkan komitmen kerajaan dan kepimpinan negeri untuk turun bersama-sama rakyat dan kali ini melibatkan penganjuran sebanyak 95 program dihadiri semua barisan exco, ketua -ketua jabatan yang berada di lapangan berjumpa dengan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");