Perak Hari Ini

Pemukiman Menteri Besar: Klinik Dr Zambry Terus Kumpul Pemohonan Rakyat

TAIPING:Pelbagai bentuk pemohonan diterima pihak kerajan negeri menerusi penganjuran Klinik Dr Zambry sempena Program Pemukiman Menteri Besar Daerah Bukit Gantang dan Taiping yang memasuki hari ketiga penganjurannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini sebanyak 76 perkara melibatkan pelbagai isu seperti keperluan asas, nelayan serta pemohonan yang tidak mendapat maklum balas telah diterima pihaknya.

perak-today-5

“Pelbagai pemohonan dibawah klinik Dr Zambry yang beroperasi dan mereka menyerah permohonan masing-masing yang pelbagai dan akan di pecahkan mengikut kategorinya,” katanya.

Jelasnya lagi selaku wakil rakyat adalah perlu untuk memainkan peranan penting untuk membantu sama ada di pihak kerajaan juga pembangkang.

“Program pemukiman sudah memasuki hari ketiga berada di kawasan Larut Matang Selama dan sambutan oleh rakyat begitu baik.

perak-today-9

“Kami berjalan ke kampung-kampung menyampaikan bantuan daripada kerajaan termasuk bantuan seperti bantuan persekolahan dan pemberian geran kepada penerima terpilih,” katanya dalam satu sidang media pada program sumbangan sempena pemukiman menteri Besar di sini.

Beliau mengakui kerjasama semua pihak adalah penting bagi kejayaan pelaksanaan program pemukiman ini.

“Saya tidak mahu menuduh  dan mempertikaikan sama ada wakil rakyat pihak pembangkang bekerja atau tidak tetapi penilaian akhirnya rakyat sendiri,” katanya.

Jelasnya, ahli politik bukan sekadar pandai mengumpul sokongan tetapi paling utama adalah rakyat sendiri akan melihat dan nilai kemampuannya.

“Sila turun ke bawah sendiri lihat keluh kesah rakyat untuk membantu,” katanya.

perak-today-1

Dalam majlis itu seramai 200 individu telah menerima pelbagai sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Dr Zambry.

Antara sumbangnya adalah Kotak makanan YBUR, pakaian sekolah Back to school, Sumbangan derma siswa yayasan Perak, penyampaian cek pinjaman mikro kredit dan penyampaian bantuan Geran SME Corp.

Program tersebut merupakan salah satu daripada 92 program yang disusun sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak untuk daerah Bukit Gantang & Taiping.

perak-today-3

 


 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");