Berita Hari Ini

Pengajar Tabika Kemas miliki diploma menjelang 2020

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menyasar semua tenaga pengajar Tabikanya memiliki diploma pendidikan awal kanak-kanak menjelang 2020, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, 70 peratus daripada hampir 11,000 tenaga pengajarnya atau dikenali sebagai Pemaju Masyarakat mempunyai diploma.

Sehubungan itu semua pengambilan baharu tenaga pengajaar Tabika Kemas diwajibkan memiliki diploma, katanya kepada pemberita selepas menutup dan penyampaian hadiah pada Hari Potensi Tabika Kemas peringkat kebangsaan di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, Pemaju Masyarakat sedia ada yang tidak mempunyai diploma akan dihantar berkursus untuk mendapatkan diploma dan sehingga kini, 4,000 orang sudah berbuat demikian.

Beliau berkata, bagi mencapai matlamat pemilikan diploma, Kemas akan menjalin kerjasama dengan pusat pendidikan tinggi termasuk Universiti Sultan Idris dan Institut Pengajian Guru.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan berbelanja RM600 juta untuk mengurus Tabika Kemas di seluruh negara iaitu lebih RM400 juta untuk pembayaran gaji tenaga pengajar dan RM100 juta untuk penyediaan makanan murid-murid.

Kemas turut menyediakan peruntukan RM13 juta untuk membaik pulih bangunan sedia ada selain mengumpul dana RM2.5 juta menerusi sumbangan korporat bagi membaiki bangunan Tabika yang daif, katanya.

Ismail Sabri berkata, tiga modul utama turut diperkenalkan untuk memperkasa murid-murid Tabika Kemas iaitu Program Penghayatan Pendidikan Islam, Pemupukan Semangat Patriotik dan Modul Keyakinan Diri.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");