Jenayah

Pengantin baharu maut kemalangan

KEMAMAN: Keterujaan seorang pengantin baharu memiliki motosikal idaman berakhir tragedi apabila maut ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain dihadapannya dalam kemalangan di Kilometer 173.5 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan ke Perkampungan Felda Neram 1, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 2.30 petang itu, Mohd Lukman Mat Ghani, 29, yang baharu mendirikan rumah tangga dua bulan lalu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada pinggul dan pinggang selain buah pinggangnya turut pecah.

Ketika kejadian, mangsa yang juga pemandu lori sawit sedang bersiar-siar dengan motosikal Yamaha RZ250R yang baharu dibelinya tiga hari sebelumnya.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah motosikal Honda Wave yang ditunggang seorang buruh warga Indonesia berusia 41 tahun yang berada di hadapan membelok ke kanan untuk berhenti di sebuah kedai makan.

Berikutan itu, motosikal mangsa yang mengekori di belakang gagal mengelak dan terus merempuh motosikal berkenaan lalu terbabas dan tercampak sejauh beberapa meter ke atas jalan.

Bapa mangsa, Mat Ghani Yajid, 70, ketika ditemui di Jabatan Perubata Forensik, Hospital Kemama berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya dan hanya mengetahui mengenai kemalangan itu setelah dimaklumkan oleh rakannya pada jam 3 petang.

Katanya, anaknya itu baharu sahaja membeli motosikal berkenaan melalui seorang kawannya dengan harga RM15,000 dan tiada perubahan pada dilihat pada anaknya sebelum kejadian.

“Cuma bapa saudaranya ada menegurnya pada pagi sebelum kejadian dan dia ada berkata hendak menyimpan motornya itu di kedai makannya namun selepas itu dia hanya senyap tanpa berkata apa-apa.

“Sejak beli motosikal baharu, saya perasan dia banyak habiskan masa dengan motosikalnya. Pagi sebelum kejadian pula saya tidak sempat untuk berjumpanya sehinggalah diberitahu berkenaan kemalangan yang menimpannya ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, akibat perlanggaran berkenaan penunggang Honda Wave yang dikenali sebagai Seneng, 41, dan berasal dari Mataram mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");