Jenayah

Peniaga rosakkan cermin kereta mewah didenda RM1,500

KLUANG: Seorang peniaga didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana merosakkan cermin sisi kenderaan mewah warga Singapura yang melanggar motosikalnya ketika melalui lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan, bulan lalu.

Tertuduh, Md Hayazle Farid Rosli, 31, mengaku bersalah ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Tertuduh didakwa merosakkan cermin sisi Mercedes Benz milik warga Singapura, Yau Jin Quan, yang menyebabkan kerugian RM1,000 di Kilometer 52 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan kira-kira jam 10 malam, 30 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majisteret Muhammad Hidayat turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Natalie Chew Qi Wei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");