Perak Hari Ini

Penjawat Awam Negeri Perak Terima Bantuan Khas RM500

IPOH : Kerajaan negeri bakal memberikan bantuan khas buat pegawai-pegawai kerajaan sebanyak RM500 seorang yang akan diagihkan bermula Disember ini berjumlah RM4.1 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pemberian bantuan khas itu selaras dengan pengumuman Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, sebagai menghargai penjawat awam yang akan bersara pada tahun hadapan, kerajaan negeri juga meneruskan penyediaan insentif khas kepada bakal pesara kerajaan negeri berjumlah RM1.2 juta.

“Sebagai tanda penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan lima bintang dalam Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan pada tahun 2016, kerajaan negeri akan meneruskan usaha memberikan insentif RM20,000 secara one-off kepada setiap jabatan dan agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Insentif ini adalah sebagai pemangkin bagi jabatan dan agensi berkenaan untuk meneruskan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan mereka,”katanya dalam pembentangan Bajet 2017 Negeri Perak di Dewan Negeri, hari ini.

Selain itu, Zambry berkata, bagi memantapkan institusi pentadbiran di peringkat tempatan, sebanyak RM4.15 juta bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kampung tradisional, RM0.26 juta bagi JKKK Kampung Baru dan RM2.83 kepada semua Pusat Khidmat ADUN.

Selain itu, sebagai menghargai usaha ketua kampung, kerajaan negeri komited untuk membayar elaun-elaun sebanyak RM200 seorang yang merupakan tambahan elaun kepada 17 ketua kampung FELDA berjumlah RM0.04 juta dan elaun RM800 seorang kepada tujuh orang ketua kampung India berjumlah RM0.07 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");