Jenayah

Penunggang motosikal maut rempuh kereta

KLUANG:Seorang remaja maut manakala rakannya mengalami cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh sebuah kereta di Kilometer 85.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, kejadian berlaku jam 12.01 tengah malam, menyebabkan penunggang motosikal, Mohamad Azmi Abdullah, 16, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala manakala pembonceng, Luqman Nur Hakim Hairul Nizam, 14, cedera di kaki kanan.

Menurutnya, kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan P Srinivasan, apabila kereta Myvi dipandu, Chok Sook Fong, 36, dari bandar Kluang ke rumahnya, meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat warna hijau.

“Tetapi secara tiba- tiba datang sebuah motosikal dari arah sebelah kiri telah melanggar sebelah kiri hadapan kereta tersebut.

“Akibat perlanggaran itu penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan pemandu kereta masih mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Mohamad berkata, mangsa yang maut sudah tidak bersekolah manakala rakannya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Nitar, Mersing.

“Kawasan kemalangan merupakan kawasan lampu isyarat yang mempunyai empat simpang dan permukaan jalan rata serta kering.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");