Perak Hari Ini

Perak Peruntuk RM1.07 Bilion Bagi Bajet 2017

IPOH : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2017 bagi negeri ini yang berjumlah RM1.07 bilion.

Ujarnya, peruntukan telah mengambil kira unjuran Hasil dan Terimaan Pembangunan serta Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan, Bajet Negeri Perak 2017 diunjurkan bajet defisit sebanyak RM1.29 juta.

Bertemakan ‘Bajet 2017 : Pertumbuhan dan Kesejahteraan’, bajet 2017 itu dirangka berteraskan tanggungjawab dan komitmen kerajaan negeri bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Daripada jumlah berkenaan, RM806 juta diperuntukkan untuk anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2017 yang terdiri daripada RM341.94 juta bagi perbelanjaan Emolumen, RM253.25 juta bagi Perkhidmatan dan Bekalan, RM12.46 juta bagi Pembelian Aset, RM196.23 juta untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap serta RM2.40 juta untuk lain-lain perbelanjaan.

“Peruntukan Pembangunan tahun 2017 pula disediakan sebanyak RM401 juta dengan sektor sosial dan kesejahteraan rakyat menerima agihan tertinggi iaitu RM304.17 juta, diikuti infrastruktur berjumlah RM79 juta dan RM18.6 juta untuk sektor ekonomi,”katanya ketika membentangkan bajet berkenaan dalam Dewan Negeri, hari ini.

Ujarnya lagi, Bajet Tahun 2017 juga akan memastikan kesinambungan pembangunan dapat terus dilaksanakan oleh kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");