Berita Hari Ini

Perlu pendekatan profesional

Kuala Lumpur: Hasil seni perlu dinilai dari perspektif berbeza atau diangkat terus sebagai komoditi negara bagi menembusi pasaran niaga yang lebih luas.

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, tindakan itu perlu memandangkan kebanyakan pelukis muda hari ini semberono meletak harga pada karya seni berikutan tidak tahu potensi serta nilai dalam pasaran semasa.

“Bila kita lihat hasil seni sebagai komoditi, maka sudah pasti ia perlu ada satu tanda harga yang jelas.

“Untuk itu, kita perlu ada pendekatan profesional yang bukan saja menonjolkan pakej dan jenama, tetapi berupaya melahirkan lebih ramai usahawan seni berjaya di masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Pameran Solo Mass Yusof di Galeri Prima, Balai Berita di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mass Yusof atau Mohd Yusof Abdul Wahid berkata, sejumlah 82 karya seni miliknya dipamerkan selama 10 hari, berakhir 30 November ini, di Galeri Prima.

“Semua karya ini amat dekat dengan hati dan mempunyai cerita tersendiri.

“Sebahagian besarnya memaparkan kenangan saya di zaman kanak-kanak, pengalaman membesar di kampung serta persekitaran yang kini kian berubah,” katanya.

Antara karya menarik Mass Yusof yang mendapat perhatian adalah Belaian Kasih, Berkepak, Senja Hari dan Pakcik Ku.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");