Isu Panas

Pinda perlembagaan sesuai dengan perubahan politik

SHAH ALAM – Umno perlu mempertimbangkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Umno bagi memasukkan klausa baharu mengenai jawatan pemangku timbalan presiden.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, cadangan itu bersesuaian dengan perubahan persekitaran politik arus perdana.

“Saya tidak rasa akan timbul kesan tidak baik kerana ia jawatan yang hanya memangku jawatan timbalan presiden bila berlakunya kekosongan.

“Umno perlu memastikan jawatan pemangku juga bukan hanya sekadar menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, sebaliknya mempunyai kuasa dan autoriti tertentu sebagaimana diperuntukkan kepada timbalan presiden untuk melancarkan tanggungjawab tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Cadangan untuk meminda Perlembagaan Umno bagi memasukkan klausa baharu mengenai jawatan pemangku timbalan presiden adalah berasas, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata saranan itu, yang diutarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak harus dinilai atau disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat, corak pentadbiran Umno perlu banyak diubah suai.

“Lebih baik ia dibuat secara holistik. Jangan hanya wujudkan bila ada kes sahaja. Ini penting kerana ia akan memperjelaskan elemen dan kedudukan kuasa yang dipangku oleh seseorang.

Menurutnya lagi, langkah mewujudkan jawatan pemangku presiden membuktikan Umno bersedia untuk sebarang kemungkinan ke atas survival dan masa depan parti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");