Jenayah

Polis beri hingga jam 2 petang ini untuk serah diri

KUALA LUMPUR: Polis memberi tempoh sehingga jam 2 petang ini supaya 10 individu yang melakukan kekecohan di Parlimen semalam menyerah diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan membuat tangkapan terhadap mereka jika enggan menyerah diri selepas tempoh diberikan.

“Kita sudah mengenal pasti siapa mereka dan di mana mereka berada. Polis beri tempoh sehingga jam 2 petang ini supaya menyerah diri.

“Kita akan tahan mereka jika masih berdegil enggan menyerah diri. Kekecohan dilakukan mereka amat memalukan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, sebentar tadi.

Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Semalam, polis Kuala Lumpur mengenal pasti 10 individu termasuk seorang anak timbalan menteri terbabit dalam kejadian merusuh di bahagian luar lobi Parlimen.

Kejadian itu dipercayai lanjutan perselisihan faham antara Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sesi perbahasan Parlimen.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");