Jenayah

Polis mohon bantuan saksi

Kota Kinabalu: Pegawai Pusat Zakat Sabah maut selepas motosikal besarnya berlanggar dengan motosikal lain di Jalan Tun Fuad Stephens berhampiran Anjung Selera, Kota Kinabalu, malam tadi.

Jaludin Dullah, 36, beralamat di Kampung Kenalahan Papar, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian, pada 11.10 malam.

Penunggang lain adalah anggota polis bertugas di Unit Anjing Pengesan (K9). Dia parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dari arah pusat bandar raya menghala ke bulatan Yayasan Sabah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal dari arah yang sama.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi parah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, punca kemalangan belum dapat dipastikan dan siasatan masih diteruskan.

“Mohon kerjasama saksi tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ngang di 017-8693045 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");