Jenayah

Polis selamat 35 wanita mangsa pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pemerdagangan manusia selepas menahan lapan individu termasuk dalang utama kegiatan itu dalam serbuan di tiga lokasi sekitar Brickfields, di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata pihaknya berjaya menyelamatkan 35 wanita warga India dan Sri Lanka dalam operasi bermula jam 5 pagi berkenaan.

“Semua mangsa berusia antara 25 hingga 35 tahun mendakwa ditawarkan pekerjaan di negara ini, namun sebaik tiba mereka dieksploitasi untuk aktiviti seks.

“Mangsa juga dipaksa membayar kepada sindiket RM150 setiap seorang sebulan yang diperoleh hasil khidmat seks,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua suspek termasuk dalang utama, iaitu lelaki rakyat Sri Lanka berusia 32 tahun yang dibantu seorang wanita warga India berusia 47 tahun kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 dan 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");