Perak Hari Ini

PTG Perak Keluarkan 2,266 Notis Tuntutan Tunggakan, Rampasan Tanah

IPOH : Pihak Berkuasa Negeri memandang serius terhadap keengganan pemilik cukai yang tidak membayar cukai tanah

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris berkata, isu tunggakan cukai tanah adalah satu isu yang serius bagi negeri ini yang mana jumlah tunggakan semasa adalah sebanyak RM79.8 juta melibatkan 213,000 hak milik tanah.

“Kegagalan pemilik tanah untuk membayar cukai tanah serta tunggakan cukai tanah boleh mengakibatkan pemilik-pemilik tanah kehilangan hak ke atas tanah mereka apabila tanah-tanah tersebut diletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 2,266 notis termasuk 2,053 notis 6A (Tuntutan Tunggakan) dan 213 notis 8A (Rampasan Tanah) pada tahun ini.

Ujarnya lagi, pihaknya juga turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan tanah-tanah yang tidak diusahakan dan menjadi ancaman nyamuk denggi, ular dan serangga berbisa yang merbahaya kepada penduduk.

Katanya lagi, tindakan dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara memperuntukkan kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk merampas tanah ke atas lot-lot tanah kosong atau rumah terbiar yang gagal menjelaskan cukai tanah.

“Sebagai contoh, di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, sebanyak 59 pemilik rumah terbiar atau lot kosong telah dikeluarkan notis 6A dan 8A di lokaliti wabak denggi di kawasan Taman Cempaka, Kampung Baru Pasir Pinji, Teluk Kurin dan Kampung Baru Kuala Kuang.

“Tiga hakmilik telah endorsan 8A dan menjadi hak milik kerajaan,”katanya.

Syed Mokhtar berkata, semua pihak perlu bekerjasama untuk mengambil tindakan proaktif dengan membersihkan kawasan tanah mereka secara berkala supaya nyawa dan kesihatan orang awam tidak terancam.

“Langkah tersebut perlu diambil terutama sekali kepada pemilik lot tanah kosong yang tidak diselenggara secara berkala dan bersemak samun, rumah tinggal kosong dan terbengkalai serta pemaju yang memiliki lot tanah berhampiran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");