Sukan Hari Ini

Pulau Pinang pilih bekas pemain Manchester United

HARIMAU Kumbang mengumumkan bekas pemain Manchester United, Ashley Westwood sebagai ketua jurulatih baharu Pulau Pinang sehingga 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata, bekas pengendali Bengalaru FC itu diberi mandat untuk membentuk pasukannya sendiri bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.

Menurutnya, sebanyak RM8 juta diberikan oleh Kerajaan Negeri sebagai permulaan pada awal musim dan akan dinilai semula selepas beberapa perlawanan.

“Tahun depan FAP berharap prestasi semasa pasukan adalah lebih baik dan pada waktu yang sama mahu mengetengahkan pemain-pemain muda,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.

Pada waktu sama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dilantik sebagai Ahli Majlis FAP dan juga sebagai Pengurus Pasukan Liga Super 2017.

Nazir Ariff berkata, Stadium Batu Kawan bakal menjadi gelanggang baharu Pulau Pinang namun pihaknya masih merayu untuk kekal bermain di Stadium Bandaraya berikutan kualiti padang pada tahap belum memuaskan.

Dalam pada itu, pengumuman berkenaan senarai penuh pasukan utama pula akan dilakukan selewat-lewatnya tiga minggu dari sekarang selepas semua urusan berkenaan kontrak berjaya dimuktamadkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");