Membawang Hari Ini

Ragu-ragu kemampuan diri

Pelbagai reaksi diberikan penonton dan netizen di laman sosial apabila lagu yang bakal dinyanyikan peserta Gegar Vaganza 3 (GV3), Nora sekali lagi ditukar.

Jika pada suku akhir yang berlangsung Ahad lalu, Nora menukar lagu yang diterimanya kepada lagu lain, untuk peringkat separuh akhir pula Nora akan menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara.

Lebih mengejutkan, lagu yang sepatutnya daripada senarai pilihan media tidak diterima penyanyi itu atas beberapa sebab.

“GV bukanlah pentas untuk menyeksa peserta. Bagi saya, sayang kalau artis dipaksa menyanyi lagu yang tidak mampu dibawa,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya memilih lagu Sandiwara berbanding dua lagu pilihan media, Nora berkata, dia sudah berbincang dengan produksi dan pengurusannya.

“Saya ada berbincang dengan banyak pihak mengenai perkara ini dan ramai mahu saya bawa lagu Sandiwara.

“Saya menolak lagu pilihan media kerana salah satunya adalah All I Ask nyanyian asal Adele. Bagi saya, lagu ini terlalu besar dan tidak kena dengan suara saya,” katanya.

Menurut Nora lagi, ketika dimaklumkan mengenai senarai lagu pilihan media, dia ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

“Saya tertanya-tanya adakah mampu bawa lagu yang diberikan itu? Setiap penyanyi ada kemampuan vokal yang berbeza,” kata Nora.

Namun, Nora yang popular menerusi lagu Di Persimpangan Dilema tidak menolak sekiranya produksi mahu dia menyanyikan lagu lain.

“Kalau diminta, saya tak ada masalah tukar lagu secara terbuka,” katanya.

Diminta mengulas persembahan lagu Bring Me To Life yanyian asal Evanescence minggu lalu yang diiktiraf sebagai persembahan terbaik, Nora berkata, kejayaan itu memang dinanti.

“Sepanjang lima minggu saya lihat peserta lain menerima persembahan terbaik. Jadi, apabila nama diumumkan pada minggu keenam, saya sangat bersyukur.

“Idea persembahan ini datangnya daripada pengurusan saya dan produksi.

“Ramai pertikai apabila saya menukar lagu dangdut kepada lagu ini, hakikatnya saya tidak kisah bawa apa saja lagu,” katanya.

Kata Nora lagi, dia mendambakan konsep rock yang keras dan mampu menonjolkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi.

“Sebelum ini saya mengalunkan lagu Sudah Ku Tahu nyanyian asal Projector Band dan ia lebih kepada pop rock. Menerusi lagu Bring Me To Life, saya suntikkan elemen rock dalam persembahan saya,” katanya.

Ahad ini, Nora akan menyampaikan dua lagu iaitu Sandiwara secara solo dan Lagu Untukmu duet bersama Aizat Amdan. \

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");