Panasnya Hari Ini

Rakyat Perlu Tahu Beza Ideologi ‘Pengkhianat’ Negara

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah menegaskan bahawa rakyat perlu tahu membezakan ideologi dan pemahaman yang cuba ditanam dalam minda oleh pembangkang menerusi perhimpunan Bersih, laporan portal, Malaysiakini, kecaman Majlis Peguam dan organisasi lain yang dibiayai dana asing.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya dana yang diterima pihak berkenaan yang juga pro-parti pembangkang daripada Open Society Foundation (OSF) dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros adalah lambang pengkhianatan mereka kepada tanah air sendiri.

Beliau juga meminta rakyat supaya mengenang kembali kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada tahun 2012 yang pernah mendedahkan pembiaya asing (Soros) menyalurkan dana kepada Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya, kini Dr Mahathir turut “berjuang” bersama-sama “pengkhianat-pengkhianat” ini di pentas politik sama menjatuhkan kerajaan sedia ada atas alasan “tiada kebebasan” dan “tertindas”, iaitu ideologi yang dicipta Soros sendiri untuk menguasai negara.

“Benar kita tahu mereka bukan organisasi larangan untuk menerima dana tetapi Majlis Peguam sebagai satu badan profesional sepatutnya lebih tahu tujuan dan agenda OSF.

“Adakah mereka fikir OSF tidak langsung mengharapkan balasan sekiranya benar-benar pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan hasil dana sumbangan itu?

“Jelas sekali, Soros mahu menentukan siapa PM untuk negara kita seterusnya dapat mengawal Malaysia, mengubah perlembagaan dan mengubah nilai masyarakat.

“Malaysia adalah negara yang ada kedaulatan dan perlu kita pertahankan demi generasi penerus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");