Jenayah

Rasuah: Pegawai PBT Melaka bergelar Datuk direman 4 hari

AYER KEROH: Seorang pegawai kerajaan bergelar Datuk direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan di Melaka.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Shaarani@Tan mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 55 tahun itu sehingga Jumaat ini.

Terdahulu, pegawai terbabit yang bertugas di pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret kira-kira jam 10 pagi.

Suspek ditahan sepasukan pegawai SPRM di bandar raya ini kira-kira jam 2 petang semalam.

Suspek disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT dan SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang bernilai jutaan ringgit.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");