Jenayah

Reman pasangan dera anak dilanjut

Sungai Petani: Reman ibu dua beradik mangsa dera di Flat Paya Nahu di sini, hingga menyebabkan seorang daripada mangsa mati dan teman lelakinya, dilanjutkan enam hari lagi bermula esok.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani Balkis Abdul Halim membenarkan permohonan polis melanjutkan tempoh reman pasangan berusia 26 dan 34 tahun yang berakhir hari ini, sehingga 6 Disember ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap ungu dibawa ke Mahkamah Sungai Petani secara berasingan kira-kira 10 pagi hari ini, dan proses reman selesai kira-kira 11 pagi.

Pasangan terbabit ditahan Khamis lalu, selepas polis menemui mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang disorok dalam tong ikan di sebuah bilik tingkat 3, Flat Paya Nahu di sini.

Polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang cedera teruk parah akibat dipukul teman lelaki ibunya.

Namun, polis yang tiba di lokasi, terkejut apabila menemui mayat seorang budka lelaki disumbat dalam tong ikan, dipercayai mati pada 9 November lalu, akibat didera.

Kakak mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");