Sukan Hari Ini

Rodriguez pulih keyakinan

London: Penyerang Southampton Jay Rodriguez (gambar, kanan) menganggap kepercayaan yang diberikan jurulatih akan meningkatkan lagi keyakinannya apatah lagi selepas dua tahun tidak diturunkan akibat kecederaan.

Pemain berusia 27 tahun itu percaya dia berada pada tahap terbaik menjelang kunjungan Everton, malam esok.

“Saya cuma mahu bermain bola sepak. Semua pemain mengimpikan perkara sama dan tidak ada perkara lain yang boleh saya minta selain kepercayaan jurulatih. Itulah sebabnya mengapa saya berlatih dengan keras ketika sesi latihan,” kata Rodriguez.

“Jika saya kerap diturunkan, sudah tentu saya gembira. Saya mahu meningkatkan diri setiap kali bermain. Menjejakkan kaki di atas padang adalah perasaan yang paling seronok buat saya.

“Ketika ini, saya masih perlu meneruskan proses pemulihan bersama pakar fisiologi dan pasukan sains sukan. Saya sudah kembali bersedia dan saya dapat rasakan bahawa pergerakan saya juga sudah semakin pantas.”

Southampton gagal merakam satu percubaan tepat ketika seri 0-0 dengan Liverpool minggu lalu.

Rodriguez yang sudah meledak 22 gol sejak menyertai Southampton pada 2012, tidak sabar untuk kembali menemui sentuhannya sejak diketepikan akibat masalah lutut.

“Saya pasti kecewa jika gagal menjaringkan gol dalam perlawanan. Saya rasa bersalah. Saya mahu menggegarkan jaring lawan setiap kali bermain,” katanya.

“Sasaran utama saya musim ini ialah untuk kekal cergas dan bermain sebanyak mungkin perlawanan. Saya sering berkata kepada diri sendiri bahawa saya mampu melakukannya,” kata pemain antarabangsa England itu.

“Apabila anda cedera, anda lebih banyak menghabiskan masa di gimnasium dan hanya menjadi penonton setiap kali pasukan anda bermain. Ketika itu, anda pasti kecewa dan tidak hairanlah mengapa anda sangat menghargai peluang yang diberikan jurulatih.” – AFP

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");