Isu Panas

Rohingya: BN Kelantan desak kerajaan bertindak tegas

KOTA BHARU: BN Kelantan mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap Myanmar dalam menangani kezaliman terhadap etnik Rohingya yang masih berlanjutan sehingga hari ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, apa yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar amat menyedihkan, malah kekejaman dilakukan lebih teruk daripada apa yang berlaku di Gaza, Palestin.

“Saya memohon kerajaan Malaysia ambil tindakan. Atau sebagai ahli kanan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta pemimpin di peringkat Asia lakukan sesuatu terhadap kerajaan yang membiarkan penganiayaan.

“Kita tak boleh berdiam diri. Sebagai umat Islam kita tak boleh biarkan mereka diperlakukan sedemikian, sangat zalim, jahat dan menyedihkan, lebih teruk dari Gaza dan Palestin,” katanya kepada media ketika mengulas mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Md Alwi berkata, pihaknya menyokong tindakan banyak pihak yang menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik balik pasukan negara yang sedang beraksi dalam Piala AFF 2016.

“Tak guna bekerjasama dengan negara berkenaan, walaupun ada orang kata sukan tidak boleh dicampur aduk dengan politik. Ini bukan politik, tapi soal kemanusiaan, saya fikir langkah wajar yang lebih keras perlu diambil terhadap Myanmar,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");