Membawang Hari Ini

Ruhainies gerun di sisi Ogy

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ruhainies menganggap tawaran berlakon di sisi Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sebagai peluang keemasan buat bakat baharu yang masih ‘hijau’ seperti dirinya.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, biarpun awalnya gerun digandingkan dengan aktres serba boleh itu, pengalaman sepanjang menjayakan drama rantaian berjudul Jejak Karmila melengkapkan portfolionya sebagai pelakon.

“Saya memegang watak sebagai anak kepada Kak Ogy dalam drama rantaian ini namun malangnya kami tidak mempunyai banyak babak bersama kerana dikatakan terpisah sejak lahir sejurus selepas berlakunya satu insiden.

“Jujur saya katakan memang takut dan gerun bersilih ganti pada mulanya kerana merasakan diri ini terlalu kerdil dibandingkan dengan beliau. Alhamdulillah, Kak Ogy banyak memberi tunjuk ajar dan dia lebih selesa menjayakan watak dengan tidak terikat kepada skrip semata-mata.

“Malah, saya ada bertanyakan kepada Kak Ogy sama ada berpuas hati atau tidak dengan babak kami. Pujian yang diberikan Kak Ogy membakar semangat saya untuk memberi yang lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Drama 13 episod arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Productions itu turut menjalani penggambaran di Balai Berita, Bangsar dan dijadualkan menemui penonton TV3 pada awal Disember depan.

Selain Ruhainies, drama rantaian itu turut menampilkan Ben Ali, Mia Ahmad serta Asyraf Ali.

Jejak Karmila mengisahkan perjalanan Suraya (Mia Ahmad) dan Noni (Ruhainies) menjejaki ibu mereka, Karmila lakonan Ogy yang dipenjarakan selama hampir 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anak-anaknya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");