Sukan Hari Ini

Safee Sali Perkuat Serangan Harimau Malaysia

PETALING JAYA: Hampir setahun tidak menyarung jersi kebangsaan, kini Safee Sali sedia merebut kembali posisi penyerang Harimau Malaysia yang pernah menjulang namanya lima tahun lalu.

Bekas pemain kelab Indonesia, Pelita Jaya itu dipanggil kembali bagi memperkuatkan jentera serangan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang kempen Piala AFF Suzuki 2016 tidak lama lagi.

Kali terakhir Safee beraksi untuk pasukan negara pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada November tahun lalu.

“Semua pemain bekerja keras dalam latihan dan menunjukkan prestasi terbaik dan ia sesuatu yang positif bagi pasukan.

“Malah keserasian dengan muka-muka baharu (pemain muda) juga bertambah baik ,” jelasnya ketika sesi latihan di Wisma FAM.

Penjaring terbanyak (lima gol) aksi Piala AFF Suzuki 2010 ini juga bersedia seandainya digandingkan dengan pemain muda di bahagian serangan.

“Memang sebelum ini saya bersama Mat Yo (Nor Shahrul Idlan Talaha) tetapi sekiranya digandingkan dengan muka baharu, ia tidak menjadi masalah kerana kami sudah berlatih bersama-sama.

“Cuma kalau dengan Mat Yo kami sudah biasa dan banyak perkara dilakukan bersama ketika saingan sebelum ini,” jelas pemain berusia 32 tahun ini.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Kim Swee memilih empat penggempur dalam persiapan ke Myanmar bermula 19 November hingga 17 Disember ini.

Selain Safee dan Mat Yo, dua lagi pemain yang berjaya memikat tumpuan Kim Swee ialah Ahmad Hazwan Bakri (bekas pemain Harimau Muda A) serta penyerang berdarah campuran Malaysia-England, Darren Lok.

Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myanmar, Vietnam dan Kemboja.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");