Berita Hari Ini

Satu sekolah tahfiz setiap daerah

TELUK INTAN – Kerajaan negeri melalui Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyasarkan mewujudkan sekurang-kurangnya satu sekolah tahfiz di setiap daerah dalam negeri ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, buat masa ini terdapat lapan sekolah tahfiz di dalam negeri ini dengan tiga adalah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan lima Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR).

“Tujuan kita mewujudkan sekurang-kurangnya satu sekolah tahfiz setiap daerah adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak mempelajari dan menguasai al-Quran.

“Menjadi hasrat kerajaan negeri mendidik anak-anak dari bangku sekolah celik al-Quran dengan adanya sekolah tahfiz ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menutup Majlis Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 1438 Hijrah di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan.

Mohd Nizar berkata, kewujudan sekolah tahfiz memberi ruang kepada kerajaan negeri mendidik pelajar mendalami al-Quran di semua peringkat.

“Saya berharap lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz sedia ada di daerah masing-masing atau yang berhampiran.

“Buat masa ini hanya beberapa daerah saja yang mempunyai SMTDR iaitu di SMTDR Daerah Manjung, SMTDR Daerah Batang Padang, SMTDR Daerah Kerian, SMTDR Daerah Kuala Kangsar dan SMTDR Daerah Lenggong.

“Manakala tiga SMAN pula adalah Sekolah Izuddin Shah, Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh dan Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");