Isu Panas

‘Saya harungi samseng untuk bahas RUU 355’

KUALA LUMPUR: “Tan Sri Speaker (Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia), saya telah mengharungi satu kumpulan samseng untuk hadir di Dewan Rakyat dan berbahas untuk Rang Undang-undang 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Beliau berkata demikian ketika bangun memohon usul yang dikemukakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas – Marang) dibahaskan semalam.

Khalid ketika berucap jelas menunjukkan riak kecewa apabila Abdul Hadi memohon supaya usul itu dibahaskan pada sesi yang akan datang.

“Saya telah harungi kumpulan samseng hari ini, semata-hata untuk hadir membahaskan RUU ini. Dua kali saya hadir untuk bahas tetapi masih tidak dibahas,” katanya yang turut bangun mencelah ketika usul RUU dibentangkan Abdul Hadi.

Abdul Hadi semalam membentangkan pindaan RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa mahkamah syariah ketika itu adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");