Panasnya Hari Ini

‘Saya Terima Baik Gelaran Yang Diberikan Kepada Saya’

KUALA LUMPUR : “Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab,”kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian menerusi blognya berikutan gelaran-gelaran yang diberikan oleh ‘jurucakap’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan dan dakwaan yang dilakukan oleh beliau.

Dr Mahathir berkata, amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap kerajaan Najib amat terhad.

“Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang kerajaan dan salahguna kuasa oleh Najib, jawapan yang diperolehi dari anggota Kabinet kleptoratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya.

“Memanggil saya ‘antique’, ‘puppet’, ‘gimmick’ dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya,”katanya.

Ujarnya lagi, beliau menerima baik gelaran yang diberikan kepadanya kerana secara tak langsung, ia adalah kebenaran kepada dakwaan yang dilakukannya.

“Kata pepatah Melayu, anjing menyalak, bukit tak akan runtuh.

“Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");