Sukan Hari Ini

SCT mahu tawan cabaran pendakian 165 meter

Johor Bahru: Pasukan Shimano Cycling Team (SCT) dari Pontian membulat tekad untuk menawan pendakian 165 meter dalam cabaran pada 3 Disember nanti.

Sedar mengenai pencabar yang mengambil bahagian membabitkan pasukan handal, SCT enggan mengaku kalah dengan azam untuk menyerlah.

Setiausaha SCT Mohd Nazip Rumidin berkata, pasukannya hanya menghantar 29 daripada 50 ahli kerana bakinya mengikuti program di Cameron Highlands.

“Kami sudah 80 peratus sedia dari segi fizikal dan mental, selebihnya kami hanya mampu bertawakal agar ada wakil naik podium.

“Sebagai persiapan kami mengadakan latihan seperti biasa dengan kayuhan berkumpulan dilakukan pada malam hujung minggu di kawasan berbukit dan becak.

“Antara laluan yang menjadi medan latihan adalah Bukit Cendol, Ulu Choh, Tanjung Piai, Kukup dan Giant. Kalau malam kami berkayuh sejauh 60 kilometer manakala hujung minggu, 35km,” katanya.

Nazip berkata, kekuatan pasukan yang sebahagian besarnya pekerja dan bekas pekerja Shimano itu terletak kepada kekuatan mendaki bukit.

“Saya percaya kumpulan kami boleh berjaya kerana mempunyai kekuatan mendaki bukit selain mempunyai semangat berpasukan kuat,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");