Membawang Hari Ini

Sedekad Bunkface

BUNKFACE memasuki arena muzik melalui landasan indie, sepertimana dilakukan beberapa band terdahulu seperti Butterfingers, OAG, Hujan dan lain-lain lagi.

Namun, setelah menyertai program Blast Off pada 2006 anjuran syarikat rangkaian media Astro, nama mereka semakin dikenali di kalangan masyarakat terutama sekali golongan remaja.

Apabila nukilan pertama mereka, Silly Lily dimainkan, ia telah berjaya menambat hati kebanyakan pendengar muzik dan lagu ini seringkali mendapat permintaan tinggi di corong radio.

Selepas itu, band ini muncul dengan beberapa buah lagu yang meletup seperti Situasi, Ekstravaganza dan Malam Ini Kita Punya, yang terus mendapat perhatian daripada peminat muzik tanah air.

Secara tidak sedar, Sam, Paan dan Youk sudah berada di dalam arena selama sedekad lamanya dan seperti beberapa band lain, mereka pastinya mahu melakukan sesuatu untuk meriakan peminat mereka.

Oleh demikian, sebuah konsert yang dinamakan Konsert Bunkface X akan diadakan pada 24 Disember ini, di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur.

Menurut Sam, mereka sangat gembira kerana akhirnya Bunkface akan mengadakan sebuah konsert mega, iaitu salah satu impian pada awal penubuhan band tersebut.

“Konsert tersebut dirancang sejak awal tahun ini dan kami kini sedang memilih lagu-lagu yang akan dimainkan pada malam bersejarah itu.

“Konsert ini akan bermula pada jam 8 malam dan kami berjanji memberikan kepuasan buat penonton yang hadir dalam konsert selama dua jam ini,” katanya semasa majlis mengumumkan Konsert Bunkface X, baru-baru ini.

Ini bukan kali pertama kumpulan tersebut membuat konsert kerana sebelum ini, iaitu pada 2010, Bunkface pernah membuat konsert di Empangan Timah Tasoh, Perlis yang dihadiri seramai kira-kira 2,000 penonton.

Menurut Sam, penonton akan disajikan dengan kualiti bunyi serta visual pentas yang menarik.

“Mereka yang hadir ini bukan datang secara percuma. Jadi, kami perlu pastikan segala-galanya berada dalam keadaan terbaik, termasuk diri sendiri.

“Kami menjangkakan kira-kira 6,000 peminat Bunkface, daripada segala peringkat umur dan kaum akan memeriahkan konsert tersebut,” katanya dengan penuh semangat.

Bunkface turut mempunyai perancangan untuk membuat konsert di bumi Borneo dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang bagi menghiburkan peminat mereka di sana.

Tiket Konsert Bunkface “X” Live In Kuala Lumpur mula dijual sejak 21 Oktober bermula pada harga RM50 menerusi www.myticket.asia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");