Berita Hari Ini

Sedia gerak 7 pesawat, 540 kekuatan hadapi banjir

MARANG – Pasukan Multi-Skill (Must) dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedia mengaktifkan tujuh helikopter dan 540 anggota serta pegawainya sekiranya banjir berlaku bila-bila masa dari sekarang terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Udara, Mohd Yunos Abu Hassan berkata aset dan anggota Must akan diaktifkan serta merta apabila menerima arahan atau permintaan daripada Pengarah Bomba Negeri bagi menjalankan operasi dan misi bantuan kepada mangsa banjir.

“Pasukan yang ditubuhkan sejak tahun 1998 ini akan bertindak sebagai pasukan sokongan di mana jika ada kawasan terputus hubungan dan tidak boleh diakses oleh kenderaan darat mahupun air pasukan ini akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir.

“Must juga mampu memberikan rawatan awal kepada mangsa bencana yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kursus Asas Must di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini,hari ini.

Pada majlis itu 23 pegawai dan anggota dari seluruh negara berjaya menamatkan latihan pasukan Must yang dijalankan selama tiga minggu.

Mohd Yunos berkata, pada tahun sebelum ini Must digerakkan bagi memberi bantuan di negeri Kelantan ekoran banjir besar yang melanda dan banyak kawasan terputus hubungan sehingga ada laluan tidak mampu dilalui bot dan jentera.

Setakat ini katanya tujuh pesawat yang akan digunakan Must berpangkalan di Subang, Selangor; Miri, Sarawak dan Bertam, Pulau Pinang yang sedia untuk diterbangkan sekiranya keperluan mendesak.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");