Sukan Hari Ini

Selangkah lagi

Sao Paulo: Menang di Brazil awal pagi Isnin ini sekali gus meraih kejuaraan Formula Satu: tugas Nico Rosberg (gambar) tampak mudah namun lebih sukar untuk dicapai.

Pemandu Jerman itu hanya selangkah untuk merangkul kejuaraan sulungnya, yang mana dia akan melakukannya jika menang di Interlagos tidak kira di mana kedudukan rakan sepasukan Mercedes yang juga juara dunia tiga kali Lewis Hamilton.

Semuanya bagai memihak Rosberg, dia menang dua musim berturut-turut dari petak utama di Sao Paulo ketika litar pusingan melawan jam itu belum memberikan sebarang kemenangan buat Hamilton.

Bagaimanapun tekanan semakin menghampiri kejuaraan yang menjadi impiannya mungkin bermain di fikiran dan menambah lagi tekanan manakala cuaca tidak menentu Sao Paulo boleh menjejaskan perancangan.

Tahun lalu, Hamilton sudah memenangi kejuaraan dan fokusnya sudah berada di tempat lain. Kali ini dia hadir dengan dua kemenangan berturut-turut dan seperti Rosberg memburu hatrik.

Satu lagi kemenangan buat pemandu Britain itu akan melanjutkan perebutan kejuaraan ke Litar Yas Marina di Abu Dhabi, jika Rosberg gagal meraih sebarang mata di Brazil.

Rosberg tidak mengubah pendekatan ‘satu perlumbaan pada satu masa.’

“Masih ada dua perlumbaan dan apa saja boleh berlaku dalam sukan ini, jadi saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kerana hakikatnya saya boleh mengawalnya,” katanya.

Hamilton berada dalam situasi yang di luar kebiasaan dengan kejuaraan bukan berada dalam genggamannya jika sekalipun dia menang di Brazil dan Abu Dhabi namun tidak perlu diingatkan ia belum tamat selagi tidak berakhir.

Pasukan Mercedes akan melakukan apa saja bagi memastikan kedua-dua pemandu tidak berdepan isu mekanikal.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");