Berita Hari Ini

Serangan Di Ohio State University, Pelajar Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.

Media Amerika melaporkan seorang pelajar telah merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang para pelajar lain dengan pisau pemotong daging, dan dia kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.

“Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat,” kata pejabat pendidikan itu.

Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.

Dilaporkan penyerang tersebut merupakan pelajar universiti berketurunan Somalia.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");