Berita Hari Ini

Skim PERKESO untuk pekerja sendiri tahun depan

KUALA LUMPUR: Semua pekerja persendirian termasuk pemandu teksi akan menerima perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) apabila Rang Undang-Undang Bekerja Sendiri dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, berkata menggubal rang undang-undang (RUU) itu sedang digubal dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet, pertengahan bulan depan.

Pada masa sama, katanya, beberapa sesi akan dibuat bersama pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai skim perlindungan berkenaan.

“Draf undang-undang bekerja sendiri juga sedang digubal dan akan dikemukakan, bergantung kepada Peguam Negara untuk semakan dan kelulusan.

“Selepas diluluskan, ia akan dibentang di Parlimen tahun depan. Keseluruhan proses ini dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan untuk diselesaikan,” katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdullah Sani bertanya bila skim perlindungan PERKESO kepada pemandu teksi akan dilaksanakan dan faedahnya berbanding skim insurans lain.

Bagi soalan tambahan Abdullah Sani sama ada pemandu Uber dan Grab layak dilindungi skim berkenaan, Riot berkata, pihaknya sedang membuat kajian mengenai perkara itu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");