Sukan Hari Ini

Skuasy: Malaysia mara ke suku akhir

SKUAD Malaysia terus cemerlang apabila mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 selepas mencatat kemenangan kedua di Issy-les-Moulineaux, Perancis.

Pasukan negara yang diketuai Datuk Nicol David melebarkan kemenangan kedua berturut-turut dengan membenam Australia 3-0 dalam aksi Kumpulan C, demikian menurut laman web kejohanan http://wsfwomensteams.com/draws/.

Pada perlawanan pembukaan sebelum ini, Malaysia menewaskan Belanda dengan jumlah mata yang sama.

Pada perlawanan semalam, S.Sivasangari meletakkan Malaysia di hadapan apabila menumpaskan Christine Nunn 12-10, 9-11, 15-13, 11-8 dalam masa 51 minit perlawanan, sebelum Delia Arnold menyumbang mata kedua selepas menewaskan Rachael Grinham 11-9 11-9 11-7.

Nicol melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara apabila mudah mengalahkan Donna Urquhart 11-8, 11-4, 11-5 dalam masa 27 minit perlawanan.

Malaysia akan menamatkan aksi Kumpulan C berdepan Austria bagi menentukan juara kumpulan, hari ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");