Sukan Hari Ini

Soon Kooi Anggap Dakwaan Presiden PHJ Tidak Wajar

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Ow Soon Kooi menyifatkan dakwaan Presiden Persatuan Hoki Johor (PHJ) Datuk Md Jais Sarday sebagai tidak wajar dan tidak berasas.

Soon Kooi yang juga merupakan Naib Presiden KFM tampil memberi kenyataan selepas PHJ mendakwa KHM tidak serius terhadap penglibatan dalam Piala Sultan Johor.

Menurutnya, skuad pembangunan yang terdiri daripada pemain B-21 telah ditubuhkan sejak Februari 2016 dan menjalani latihan bersama sejak tempoh tersebut.

Tambahnya, beberapa pemain telah dihantar ke Jepun, New Zealand dan Perth, Australia untuk bermain dalam siri jelajah perlawanan bersama skuad kebangsaan mengharapkan mereka mendapat pendedahan hoki antarabangsa.

“Kebanyakan pemain ini beraksi dalam jelajah kejohanan di Brisbane, TNBMHL (Premier dan Divisyen 1) dan juga saingan Piala Tan Sri Alagendra.

“Pasukan ini juga mengambil bahagian dalam Liga Hoki Australia yang tergolong antara salah satu liga yang paling kompetitif di dunia.

“Tiga pemain iaitu Nik Aiman, Najib dan Najmi Farizal yang beraksi dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) turut memperkuatkan pasukan dan beraksi dalam 5 perlawanan berturut-turut.

“Saya sendiri juga tidak mampu melakukannya ketika saya masih bergelar sebagai pemain. Saya melihat mereka menjalani latihan dan ada bercakap dengan mereka sebelum berlepas untuk ACT,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Tambah Soon Kooi, tidak ada sesiapa yang mahu kalah dan kita harus sedar pemain telah memberikan komitmen sepenuhnya.

“Adakah Presiden PHJ tahu apa persiapan yang kami lakukan? Jika kita tidak serius, untuk apakah persediaan ini semua? Saya datang ke Johor untuk apa? Kenapa George Koshy berada di sana? Bukankah kami semua mewakili Lembaga Eksekutif dan Datuk Seri Subahan? Adakah PHJ mahukan Datuk Seri Subahan berada di semua tempat?

“Saya pernah mewakili Malaysia selama 11 tahun sebagai pemain, dua tahun dalam jawatankuasa disiplin, ahli majlis bebas untuk tempoh tiga tahun, empat tahun sebagai Presiden Persatuan Hoki Pulau Pinang, dan hampir dua tahun sebagai Naib Presiden sekarang,” katanya.

Malah Soon Kooi turut mempertikaikan komitmen presiden PHJ yang tidak pernah hadir dalam mesyuarat KHM.

“Seingat saya, beliau tak pernah hadir. Jadi, beliau rasa hanya dirinya sahaja yang boleh menghantar wakil tetapi Datuk Seri Subahan tidak boleh berbuat demikian? Perlu ada dalam setiap pertandingan dan setiap majlis? Jika beliau hadir, apa pula soalan seterusnya? Mana Lembaga Eksekutif yang lain?

“MHC bukan organisasi yang berasaskan keuntungan, ada yang mempunyai masa, ada yang tidak. Ada yang mampu menyalurkan bantuan kewangan. Yang lain turut mempunyai kerja sendiri dan kekangan jarak. Tetapi semua memainkan peranan masing-masing untuk terus memajukan sukan hoki negara,” tambah beliau.

Soon Kooi turut bertegas demi kebaikan KHM supaya mereka yang tidak layak supaya tidak terlibat dalam pemilihan pada masa akan datang.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");