Jenayah

Suami Isteri Warga Indonesia Cedera Diserang Gajah

TAWAU: Sepasang suami isteri warga Indonesia cedera apabila diserang dan dipijak seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di kawasan ladang perkayuan Brumas, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang perkayuan Brumas dikenali sebagai Santoko Satria, 44, dan isterinya, Susi Sudirman, 36.

Beliau berkata mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan, namun isterinya cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka dan kini masih dirawat di Hospital Tawau.

“Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri, tetapi si suami dilibas dengan belalai gajah menyebabkan dia terlambung ke udara dan terhempas ke tanah sebelum gajah itu mengejar dan memijak si isteri,” katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata selepas ‘mengamuk’, haiwan liar itu memasuki semula ke hutan berhampiran.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");