Membawang Hari Ini

Sulli nafi cuba bunuh diri

Pada 24 November lalu, bekas anggota kumpulan f(x), Sulli dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami kecederaan pergelangan tangan.

Aktres itu dikatakan pergi ke hospital bersama pengurusnya dan menerima rawatan selama 30 minit selepas menjalani rawatan X-ray.

Sumber daripada Hospital Universiti Kebangsaan Seoul mengatakan pesakit tidak lagi berada di hospital. Wakil bahagian Perhubungan Awam hospital itu enggan memberi ulasan lanjut dan menyifatkan sebarang maklumat adalah peribadi.

Dalam pada itu, sumber daripada SM Entertainment mengesahkan Sulli dirawat di hospital itu untuk menjalani rawatan kecemasan susulan kecederaan pergelangan tangan.

“Kami sudah bercakap dengan Sulli dan mengesahkan dia mengalami kecederaan berpunca daripada kecuaian berlaku di rumah.

“Dia pergi ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan dan pulang ke rumah sejam kemudian,” katanya.

Namun, ada sumber lain mendakwa Sulli cuba membunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan susulan kecewa berpisah dengan teman lelakinya, Choiza.

Sumber itu turut mendakwa, Sulli berada dalam keadaan mabuk ketika dibawa ke wad kecemasan dan dimasukkan ke wad dengan bau alkohol yang kuat.

Sulli memuat naik status di laman sosialnya dan menjelaskan dia cedera akibat kemalangan di rumah yang tidak disengajakan.

“Saya cederakan diri sendiri dalam satu insiden yang tidak disengajakan. Saya minta maaf sebab membuatkan anda (peminat) risau,” tulisnya ringkas.

Sulli menafikan dia mabuk dan cuba bunuh diri selepas ditanya kakitangan hospital.

Dalam pada itu, agensi mewakili Choiza, Amoeba Culture enggan memberikan komen susulan dakwaan pasangan kekasih itu sudah berpisah.

Sulli pada masa ini baru saja tamat penggambaran filem terbaru, Real yang turut dibintangi Kim Soo Hyun.

Filem bakal ditayangkan tahun depan mengundang kontroversi apabila Sulli dikatakan melakukan adegan ranjang yang provokatif bersama Kim Soo Hyun.

Dalam adegan itu, Sulli dan pasangan didakwa berlakon serius sehingga menampakkan payu dara Sulli.

Selalunya aktres yang terpaksa melakonkan adegan ranjang akan berhati-hati daripada menjadi terlalu sensual.

Kebanyakan mereka menggunakan khidmat pelakon ganti tetapi untuk watak dilakonkan Sulli pula disifatkan sesuatu yang berani.

Sulli akui tidak semua adegan ranjang dilakukan sendiri dan ada juga menggunakan pelakon ganti.

Difahamkan, pihak produser juga terkejut dengan situasi itu tapi mereka percaya Sulli ada alasan sendiri untuk melakonkan adegan itu.

Selain Sulli dan Kim Soo Hyun, filem Real turut dibintangi Dong II, Lee Kyung Young dan Lee Sung Min.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");