Perak Hari Ini

T-City: Bakal Jadi Pusat Sukan Permotoran Bertaraf Antarabangsa

IPOH: Projek pembangunan bersepadu moden (T-City) yang akan dibangunkan di Perak bakal menjadi satu pusat sukan permotoran bertaraf antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek pembangunan T-City yang bertemakan sukan permotoran yang pertama di Malaysia itu akan dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Singapura, Goodland Group Limited dengan menelan belanja sebanyak RM15.1 bilion.

perak-today-5

“Projek ini sebenarnya telah di rancang begitu lama sejak tiga tahun lalu apabila sekumpulan pelabur datang untuk menyatakan hasrat mereka dan mengemukakan cadangan ini.

“Ia juga telah telah melalui proses perbincangan dan berjaya meyakinkan termasuk juga dibentangkan kepada Majlis Ekonomi di Putrajaya kerana pihak Kerajaan Persekutuan menganggap ini adalah sebuah projek yang besar pelaburannya daripada pihak swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah projek tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Eksekutif Goodland Group Limited, Tan Chee Beng dan barisan Exco kerajaan negeri.

perak-today-1

Zambry berkata, apabila projek T-City ini siap kelak, ia bukan sahaja akan menjadi sebuah pusat sukan permotoran untuk negeri Perak dan Malaysia sahaja tetapi juga Asia Tenggara dengan terbinanya F2 di kawasan tersebut.

“Ia secara tidak langsung dapat menjadi satu lagi mercu tanda yang akan membantu pertumbuhan dalam usaha untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang maju selain daripada menggerakkan ekonomi negeri supaya dapat bersaing dengan negeri-negeri lain,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau akan meletakkan Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan beberapa kakitangan kanan kerajaan untuk memastikan projek yang dilaksanakan ini bukan sebuah janji kosong.

perak-today-4

Pembangunan T-City di kawasan seluas 184.5 hektar tersebut mempunyai tiga fasa pembinaan yang mana fasa pertama yang melibatkan kawasan seluas 84 hektar telah pun dimulakan.

Fasa pertama yang dijangka mengambil masa selama 10 tahun itu bakal meliputi pembinaan beberapa litar perlumbaan sukan permotoran termasuk litar berbentuk bujur (oval), litar drag dan litar tidak berturap (dirt track), taman tema air dan kelab eksklusif sukan permotoran.

Sebuah litar perlumbaan F2 sementara juga dijangkakan akan siap pada Jun tahun hadapan dan akan dibuka kepada semua termasuk orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");