Sukan Hari Ini

Tago: Ada kebenaran bermain

PEMAIN perseorangan lelaki Jepun, Kenichi Tago menafikan dakwaan wujud aturan yang membolehkan beliau bermain dalam saingan Liga Purple Malaysia 2016.

Tago dengan nada tegas berkata, beliau diberi kebenaran bermain di liga tersebut meskipun ketika ini sedang digantung oleh Persatuan Badminton Jepun (NBA).

“Tiada aturan dibuat untuk saya bermain di sini. Walaupun saya diharamkan di Jepun tetapi saya masih mahu bermain dan saya bernasib baik kerana Malaysia pilih saya beraksi di sini.

“Terima kasih kerana beri saya peluang besar ini, jadi sekarang saya ingin fokus membantu kelab Petaling BC dengan harapan kehadiran saya dapat memperbaiki kedudukan berbanding sebelum ini,” katanya.

Tago digantung selepas melanggar tatatertib disiplin Persatuan Badminton Jepun kerana berjudi di kasino secara haram.

Ditanya tempoh pergantungan, pemain berusia 26 tahun itu berkata, beliau tidak mempunyai hak untuk mengulas mengenainya,

“Saya masih jalani hukuman. Saya berharap hukuman ini berakhir bagi memberi saya kembali peluang membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa,” katanya lagi.

Mengulas prestasi suram pasukan Jepun selepas negara itu kehilangannya serta Kento Momota, Tago mengakui bukan mudah buat persatuan itu mencungkil bakat baharu bagi menggantikan mereka dalam masa terdekat.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");