Perak Hari Ini

Taiping Berpotensi Besar, Perlu Kekal Menjadi Bandar Warisan

TAIPING:Kawasan sekitar Taiping dilihat berpotensi besar untuk terus dimajukan terutamanya dari sudut pelancongan dan disaran supaya terus mengekalkan keunikan Bandar warisan yang dimilikinya.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ia jelas terbukti menerusi pembangunan kawasan Taman Tasik di sini yang diatur teliti dengan kerjasama kerajaan Persekutuan bersama Majlis Perbandaran Taiping yang jelas memberi nilai lebih tinggi kepada kawasan itu.

“Perkara yang boleh diberi penekanan adalah tarikan dari segi pelancongan yang memerlukan penambahbaikan melibatkan pelbagai perkara.

“Usaha perlu ditingkatkan supaya pengunjung boleh menetap lebih lama di sini sebagai contoh Bukit Larut supaya boleh menempatkan lebih ramai kerana setakat ini cuma difahamkan boleh menampung 500 orang sahaja,” katanya dalam satu sidang sejurus selepas menyertai program pemukiman Menteri Besar di Daerah Bukit Gantang dan Taiping hari ini.

Tambahnya semua pihak perlu berbangga dengan kelebihan yang dimiliki yang memerlukan usaha memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut.

“Taiping kawasan yang terbaik untuk dibangunkan terutama dari sudut pelancongan,” katanya.

Terdahulu, Zambry seawal 7 pagi bersama orang ramai telah menyertai senam seni dan meluangkan masa sekitar 30 minit mengadakan lawatan ke Zoo Taiping.
 
Ia dianjurkan bersempena Program pemukiman Daerah tersebut yang bermula secara rasminya hari ini dengan pelbagai acara menarik dirangka selama lima hari berkampung di sini.

Beliau kemudiannya turut mengadakan lawatan ke tapak Taman Botani yang bakal dibangunkan berhampiran Taman Tasik Taiping direka khusus bertaraf antarabangsa.

“Kita merancang menjadikan kawasan zon baharu iaitu tanaman botani dengan penanaman pelbagai tumbuhan dan Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta dapat dibina mengikut fasa yang ditetapkan,” katanya.

Tambahnya pembangunan turut melibatkan kerjasama Koridor Utara (NCIA) meliputi langkah naiktaraf lampu jalan dan papan tanda di sekitar Bukit larut sepanjang tiga kilometer yang menelan kos sebanyak RM200,000.

“Pihak kerajaan negeri juga turut mendapat taklimat cadangan pembinaan hotel Casuarina di Taiping namun pembangunan hotel disarankan mengguna pakai konsep dan elemen warisan,”katanya.

Pembinaan hotel empat bintang itu dijangka menelan kos perbelanjaan sekitar RM136 juta yang menggunakan konsep warisan bersesuaian dengan identiti Bandaraya Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");