Membawang Hari Ini

Tak perlu sentiasa cantik

Anak gadis aktor Sunil Shetty iaitu Athiya Shetty yang baru saja diperkenalkan di layar perak Bollywood menerusi filem Hero tidak taasub untuk kelihatan cantik sepanjang masa.

Menurut Athiya, apa salahnya sesekali keluar rumah tanpa berdandan rapi dan dia juga tidak tertekan langsung untuk kelihatan cantik pada setiap masa.

“Saya tidak fikir pelakon perlu dilihat bagus sepanjang masa dan masyarakat kena tahu pelakon juga manusia biasa. Apa salahnya sekali-sekala keluar rumah dengan rambut buruk,” katanya.

Athiya juga tidak begitu taasub dengan fesyen.

“Selagi tubuh anda berasa selesa, pakailah ikut suka hati sendiri. Saya tidak fikir jurugambar akan merakamkan gambar anda untuk tujuan tidak baik sebaliknya mereka hanya melakukan tugas mereka, “ katanya.

Situasi sama juga jika dia perlu berjalan di karpet merah kerana baginya fesyen adalah lanjutan daripada personalitinya.

“Saya tidak pernah terlalu berfikir mengenai fesyen, apa yang penting ialah keselesaan. Satu-satunya cara saya mengambil tahu mengenai fesyen adalah melalui media sosial. Tetapi, saya tidak percaya trend fesyen kerana saya hanya pilih apa yang selesa dipakai, sesuai dengan tubuh saya dan seronok memakainya,” katanya.

Aktiviti masa lapangnya, pelakon itu menabur jasanya dalam pertubuhan Selamatkan Kanak-Kanak yang diasaskan mendiang neneknya.

“Saya sudah menjadi sebahagian daripada pertubuhan itu yang sekarang diuruskan ibu saya. Pertubuhan itu adalah sekolah untuk kanak-kanak kurang bernasib baik, kurang upaya mental dan mempunyai masalah pembelajaran, “katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");